Thursday, September 8, 2011

Tak seperti yang dirancang...:(

Hari Raya Kedua...
family sebelah lelaki datang ke rumah family perempuan dengan membawa hajat yang besar..iaitu ingin menyunting bunga ditaman..majlis berlangsung dlm suasana yg bersederhana tetapi meriah...alhamdulillah, majlis berlangsung dgn selamat menyarungkan cincin merisik di jari si gadis...semuanya masih berjalan ngn baik..kepulangan family lelaki disambut dengan senyuman yg penuh makna...
Hari Raya Ketiga...
hanya mendapat panggilan telefon mengatakan family xdapat terima and xdapat merestui perhubungan si lelaki dan si gadis..???hancur segala harapan si gadis mendengar perkhabaran tu..padahal dah sarung cincin merisik pada hari semalamnya...tiada kata yg dapat diungkap yang ada hanya tangisan..yang xmengerti mengapa semua ini berlaku..perhubungan yang dibina terputus di tengah jalan dan tiada penghujung sepertimana yang diimpikan...mungkin bukan jodoh mereka..
Hari ini..
Si gadis dengan langkah lesu meneruskan hidup seperti sediakala dengan berkat dan semangat dari kawan2 yang terdekat..yg sentiasa berada disisi saat dia mengalirkan air matanya..tidak semua akan paham bagaimana perasaanye apabila diperlakukan demikian..hanya tuhan yg tahu...kita hanya merancang tapi tuhan yg menentukan..
~sedikit coretan yg memberi kesan didalam hati aku sampai sekarang..saat mendengar perkhabaran tu, aku hanya mampu mengalirkan air mata sambil melihat gambar kawan ku semasa majlis merisik tu dan dia hanya menatap cincin tu tanpa bersuara...hanya air mata ku yg memberi ekspresi padanya..dia pn begitu..tiada apa yg mampu ku ucapkan..
~kejadian ni baru terjadi beberapa ari yg lepas..pas dengar berita ni..aku terus peluk sambil menangis ngn miera(kwn aku yg ditingglkn)...sedih sgt2..tp da xleh nk wt pe lagi..aku harap kau akn jumpe ngn owg yg leh trime diri kau seadanya nanti...special for my dear friends...miera..aku sentiasa berdoa tuk kau...:)
~tak semua owg didalam dunia ni bernasib baik...adakalanya kita lupa bahawa tuhan lah yg lebih berkuasa dan berhak menentukan segalanya..segala ketentuan yg dtg bersama keredhaan hati seorang muslimin...:)

No comments:

Post a Comment